Monday 14 July 2008

Visi dan Misi Seorang Muslim

Bandar Baru Bangi, 12 Julai 2008, Ketika isteriku pulang dari kursus ESQ yang bertajuk "Mission Statements" dan "Character Building", beliau sungguh ghairah menceritakan pengalamannya mengikuti kursus penting itu. Visi seorang muslim atau muslimah ialah bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Misinya ialah gerak kerja bagi mencapai visi unggul tersebut. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini semata-mata hanya untuk beribadah kepada ALlah, pencipta seluruh alam dan setiap manusia akan kembali kepadaNya. ESQWay165, menggariskan sifat ikhsan, beribadahlah seolah-olah kita melihat ALlah, jika tidak upaya, beribadahlah seolah-olah ALlah melihat kita. Setiap kerja yang kita lakukan jika diperhatikan oleh ALlah atau kita melihat ALlah, maka kita akan lakukan sebaik mungkin bagi mendapat redha ALlah. Angka 6 menunjukkan enam rukun iman dan angka 5 melambangkan lima rukun Islam. Jelas dan padat arah dan tujuan kita dan tiada apa yang kita sembunyikan. Kita hanya takut kepada ALLah dan Cinta kita hanyalah kepada ALlah semata-mata.
Jika kita bandingkan cita-cita murni di atas sekarang ini, apa yang sudah terjadi dengan masyarakat kita? Fitnah di mana-mana, rasuah berleluasa, penyalahgunaan kuasa berlaku. Penindasan manusia ata manusia terjadi. Keadilan tidak ditegakkan. Urusan penting tidak diserahkan kepada pakarnya. Kita mesti ingat bahwa ALlah telah menyatakan sekiranya "fasad" iaitu kerosakan berlaku dengan berleluasa di muka bumi ini, maka ALlah akan menurunkan bala yang buka saja kena kepada orang-orang jahat tetapi juga akan kena kepada orang-orang yang baik.
Sama-samalah kita fikirkan.